4 mati akibat denggi minggu pertama 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menerima 1,633 kes denggi dengan empat kematian dilaporkan berlaku pada minggu pertama tahun ini (4 hingga 10 Januari), peningkatan sebanyak 476 kes atau 41 peratus berbanding minggu sebelumnya berjumlah 1,157 kes.

Pengarah Kawalan Penyakit Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata negeri yang menunjukkan peningkatan kes yang tinggi ialah Perlis (150 peratus), Sabah (136), Kelantan (96), Pulau Pinang (65), Pahang (57), Kuala Lumpur (49), Selangor (47), Sarawak (40), Terengganu (38), Johor (22), Perak (12) dan Kedah (empat).

“Empat kes kematian denggi berlaku di Selangor (dua), manakala masing-masing satu kes di Johor dan Kuala Lumpur,”

katanya, semalam.Katanya, melalui tindakan penguatkuasaan, 312 kompaun bernilai RM50,100 serta 410 notis arahan pembersihan sudah dikeluarkan.

Sementara itu, Dr Hasan berkata, 159 kes chikungunya dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh yang sama, bagaimanapun, ia tidak membabitkan kes kematian.

Beliau berkata, daripada jumlah terbabit, seramai 74 pesakit hanya mendapatkan rawatan pesakit luar dan selebihnya memerlukan rawatan di hospital.

“Sebanyak 159 kes yang dilaporkan membabitkan 141 lokaliti di 10 negeri iaitu Selangor (44 kes), Perak (32 kes), Kelantan (28 kes), Kedah (15 kes), Pahang (14 kes), Johor (11 kes), Negeri Sembilan (enam kes), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (masing-masing empat kes) dan Perlis (satu kes),” katanya. — Bernama

0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online