MEDICAL CARD


  • Medical Card PruBSN Takaful atau Major Medical Cover (MMC) adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan MMC adalah seperti berikut :

    • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi
    • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
    • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
    • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 60 hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
    • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
    • Penjagaan jururawat di rumah
    • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
    • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
    • Rawatan Dialisis buah pinggang
    • Rawatan Kanser
    • Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun
    • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
      dan banyak lagii......
      Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat MMC (Major Medical Cover).


Perhatian :Manfaat MMC ini tertakluk kepada syarat dan terma
ko-takaful iaitu :

1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000)
untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical),
KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian
tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar
100% kos bilik mengikut pelan yang diambil
.

Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation
(300 <= ko-takaful :10% <=1000)


2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil
yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum.
Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN.
Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana,
tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

3- Apakah Pengecualiannya?
Pengecualian yang biasa ialah:

  1. Kecederaan diri yang disengajakan.
  2. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam
    rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
  3. Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
  4. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat
    kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
  5. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik
    (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
  6. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan,
    diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fi zikal am atau pemeriksaan
    kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan
    berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
  7. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan
    melalui hubungan seks.
  8. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
  9. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
  10. Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran,
    kecacatan kongenital, berkhatan.
  11. Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba,
    aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
  12. Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang
    atau menentang daripada ditahan.
  13. Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan.

    Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.


    Nota Penting :

    Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan
    ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya
    bermula 30 hari selepas polisi lulus.


    Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula120 hari selepas polisi lulus.
    Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :
  • Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
  • Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
  • Diabetes Mellitus
  • Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
  • Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
  • Hernia, buasir atau fistula
  • Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin .

Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.
Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perjalanan.




Untuk makluman lanjut megenai plan takaful ini,boleh hubungi saya(Rauf) di:

tel or SMS: 0126243782 atau 0193578062

email: caup2003@yahoo.com atau abdulrauf@prupartner.com.my



0 Comments:

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online